Nasional

Bapa MB Negeri Sembilan meninggal dunia

BAPA kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Harun Selamat meninggal dunia pada pukul 7.45 malam ini kerana sakit tua.

Pegawai Media kepada Datuk Seri Aminuddin Harun, Nor Azman Mohamad berkata, Allahyarham meninggal dunia pada usia 106 tahun di kediamannya di Kampung Pachitan, Chuah, Port Dickson.

“Jenazah akan disolatkan di kediamannya dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sawah, Chuah, pukul 10 pagi esok,” katanya.

Berita sedih itu turut dikongsi di laman Facebook rasmi Menteri Besar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di Facebooknya merakamkan ucapan takziah kepada Aminuddin dan keluarga diatas pemergian bapa.

“Terima berita sedih ayahanda kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Harun Bin Tuan Haji Selamat, telah meninggal dunia. Saya berkesempatan menziarahi Allahyarham di rumahnya sebelum ini.

“Saya ucap takziah kepada keluarga Datuk Menteri Besar dengan doa agar dikurniakan kekuatan menempuh ujian besar ini. Semoga urusan keluarga dipermudahkan, insyaAllah,” katanya.

Salam takziah buat Menteri Besar Negeri Sembilan daripada warga kerja. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button