ATLET tukul besi negara Jackie Wong dilaporkan positif jangkitan Coronavirus (Covid-19) hari ini.
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang memaklumkan Jackie dijangkiti wabak itu melalui ayahnya.
[BACA] Covid-19: AS mulakan ujian klinikal vaksi — Suara Merdeka
Jackie bagaimanapun dilapor pulang ke Sarawak pada 11 Mac lalu dan kini sedang dikuarantin di Hospital Sibu.
“Saya menerima laporan seorang atlet negara, Jackie Wong yang telah didapati positif covid-19.
“Beliau dipercayai dijangkiti daripada ayahnya yang juga didapati positif covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, beliau turut mengarahkan beberapa fasiliti yang pernah dikunjungi Jackie ditutup bagi membolehkan kerja nyah infeksi sepenuhnya dilakukan.
“Saya telah mengarahkan fasiliti MSN dan ISN yang telah dikunjungi atlet tersebut untuk ditutup sementara.
[BACA] Covid-19: KKM bayang perintah berkurung dilaksana
“Atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat dengan Jackie akan diasingkan dan dinasihati untuk ‘dikuarantin’ di asrama, menjalani ujian saringan dan menurut nasihat Kementerian Kesihatan selanjutnya,” ujarnya. – SM