Hejira sasar 10,000 jemaah 2025, ketengahkan pakej Rindu Baitullah
HEJIRA Travel and Tours Holding Sdn Bhd (Hejira) merupakan agensi pelancongan yang memfokuskan Umrah sebagai perkhidmatan yang utama. Dalam 3 tahun penubuhan, Hejira Travel telah menerbangkan lebih 10,000 jemaah. Syarikat milik anak muda ini makin mendapat tempat dalam senarai digemari oleh jemaah.
Timbul dalam industri yang sarat, Hejira kreatif dalam menarik minat bakal tetamu Allah melalui pakej dan kombo yang menarik. Pakej Rindu dan Pakej Cinta pasti menjadi buah mulut semua jemaah setelah selesai menunaikan umrah.
Dengan kadar pakej yang mampu milik, kesempurnaan ibadah dan keselesaan jemaah dijaga dengan baik. “Alhamdulillah, buat masa ni Hejira menjadi pilihan anak muda dan keluarga. Oleh sebab berkenaaan, Hejira tawarkan hadiah kelengkapan umrah yang moden, minimalis, estatik dengan kadar pakej yang mesra jemaah.” Kata Puan Hajah Sofea Munira dalam sesi sidang media semalam.
Prestasi ini menyebabkan Majlis Perasmian Wisma Hejira yang berlansung 2 November lepas dibanjiri lebih dari 2500 bakal tetamu Allah. Wisma Hejira bertempat di Bandar Serenia, Sepang.
“Alhamdulillah syukur, kami tidak menyangka sambutan yang begitu menggalakan oleh bakal jemaah. Terima kasih buat semua yang hadir dari jauh. Terima kasih juga semua alumni jemaah dan selebriti yang hadir. Semoga kita semua direzekikan menunaikan umrah segera” kata Tuan Haji Mohd Shahril dan Puan Hajah Sofea Munira selaku Lembaga Pengarah Hejira.
Pengunjung yang hadir ke majlis ini rata-rata menyatakan kegembiraan dan rasa puas hati dengan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan. “Saya dah 3kali pergi dengan Hejira, pakej dia memang best, puas hati. Harini datang untuk bayar pakej lagi. Kalini pergi dengan keluarga, januari nanti”. Kata Hajah Azzuwaniah Asri.
Program yang gemilang ini telah dirasmikan Datuk Faridah Hanim Haron, Guru Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan, Presiden Annems Leadership Solution. 30 cabutan bertuah berupa hadiah pakej umrah turut ditawarkan kepada pengunjung.
Hejira Travel & Tours menyasarkan untuk menerbangkan lebih 10000 jemaah pada tahun 2025. Fokus Hejira Travel & Tours adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mengerjakan umrah. Hejira menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk pakej VVIP & VIP. –SM