Pembaca

Rupanya patung Labubu inspirasikan oleh karakter hantu, ini kata mufti

PATUNG Labubu kini semakin menjadi trend di kalangan remaja dan kanak-kanak, dengan banyak yang sanggup mengumpulkan setiap koleksi yang dikeluarkan. Populariti patung ini meningkat setelah penyanyi Lisa dari Blackpink mengaitkan keychain Labubu pada beg tangannya sebagai hiasan.

Namun, timbul dakwaan bahawa pencipta patung Labubu ini diinspirasikan oleh karakter hantu dari Hong Kong, iaitu Taotie. Selain itu, beberapa dakwaan lain juga mengaitkan patung ini dengan kepercayaan agama yang berbeza.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan, menyarankan agar peminat koleksi patung tersebut mempertimbangkan untuk meninggalkan trend ini. Beliau menggariskan bahawa koleksi ini termasuk dalam kategori syubhat dan pembaziran.

“Walaubagaimanapun, terdapat khilaf mengenai setiap jenis patung dan gambar. Oleh itu, ulama bersepakat bahawa hukum menyimpan patung adalah haram jika ia menggambarkan makhluk yang mempunyai roh, seperti manusia dan haiwan, termasuk juga jin. Patung yang tidak kecil atau bukan mainan kanak-kanak, serta tidak diperbuat daripada bahan yang cepat rosak, juga termasuk dalam kategori haram”, katanya.

Artikle Berkaitan :>

Pembaca berita wanita TV perlu tutup wajah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button