Master Chef Indonesia label Nasi Kandar rasa pasir claim menu restoran lebih baik walaupun cimplak
CHEF Stefani Horison, atau lebih dikenali sebagai Fani, merupakan pemenang Masterchef Indonesia musim kelima, telah mencetuskan kontroversi apabila dilabel sebagai tidak menghormati makanan tradisional Malaysia.
Kritikan ini timbul apabila dia membuat kenyataan bahawa resipi Nasi Kandar yang dihidangkan di restorannya jauh lebih baik berbanding menu asal yang dikatakan ‘ditiru’.
Dakwaan Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’ Kerana Rempah
Fani dikecam oleh pelbagai pihak selepas mendakwa bahawa Nasi Kandar Malaysia mempunyai rasa yang ‘biasa’ dan ‘berpasir’ disebabkan penggunaan rempah serbuk. Sebagai tindak balas, dia memperkenalkan versi Nasi Kandar hasil ciptaannya di restoran miliknya, dengan mendakwa hidangan tersebut lebih lazat kerana menggunakan bahan-bahan rempah yang lebih segar, berbeza dengan apa yang terdapat di Malaysia.
Tindakan Fani ini dianggap sebagai tidak menghormati makanan tradisional Malaysia, dan ramai pengguna media sosial menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya membandingkan rasa Nasi Kandar asli dengan versinya. Malah, ada yang berpendapat bahawa versi Nasi Kandar Fani lebih mirip kepada nasi kari yang terlalu cair.
Kontroversi ini bermula ketika Fani muncul dalam satu video di platform reviu makanan milik *Boengkoes* untuk mempromosikan restoran dan versi Nasi Kandarnya.
Sebagai makluman, *Nasi Kandar* adalah hidangan tradisional yang sangat popular di utara Malaysia, terutama di Pulau Pinang, dan ia diperkenalkan oleh peniaga India Muslim. Hidangan ini terdiri daripada nasi kukus, yang boleh disajikan kosong atau dengan sedikit perisa, bersama pelbagai jenis kari dan lauk-pauk sampingan.
Artikle Berkaitan :>
Kembali ke Zaman Keemasan: Festival Nasi Kandaq 2.0 di Sunway Putra Mall