Berita

Pempegaruh media sosial hilang selepas keluar jogging

PEMPEGARUH media sosial, Muhammad Nidza Afham dilaporkan hilang pada Rabu, selepas berjogging.

Perkara itu di sampaikan oleh adiknya yang merupakan seorang penyanyi Aufahanie menerusi posting di Instagram.

‘’Lokasi last phone dan dompet ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru). Dia keluar pergi jogging dalam 7.58pm (indrive) ke Stadium Klang.

Aufa turut menyenaraikan beberapa butiran mengenai abangnya itu. Ujar Aufa, abangnya berusia 23 tahun dan tinggi lebih kurang 175cm.

‘’Dia kurus dan tinggi. Kulit sawo matang.

Aufa turut meninggalkan dua nombor untuk dihubungi sekiranya orang awam berjaya mendapat info mahupun menemui abangnya.

Jelas Aufa, laporan polis juga sudah dilakukan.

‘’Tengok ahli keluarga orang lain hilang pun saya susah hati rasa nak gila, hari ini, ahli keluarga sendiri. Adik beradik sendiri. Abang saya Ya Allah. Ammm kau dekat mana.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button