Hiburan

Model seksi nafi punca perpisah Harith Iskandar

MODEL terkenal, Nadira Isaac menafikan punca keretakan rumah tangga pasangan selebiriti, Harith Iskandar dan bekas isterinya, Dr Jazmine adalah punca perpisahan mereka.

Nadira 21 tahun itu berkata, Harith dan isterinya hanya berkawan biasa dan Cuma beberapa kali sahaja bertemu.
‘’Saya terkejut bila nama saya dipetik disebabkan saya dengan Dr Jezamine dan Harith hanyalah kawan dan kita hanya berjumpa beberapa kali,” katanya pada media Hlive.

Tambahnya lagi, dia mengenali pelawak tersebut bersama Dr Jezamine sekitar tahun 2021 dan tidak pernah berkomunikasi secara peribadi apatah lagi mempunyai nombor telefon.

‘’Saya kenal Harith lebih kurang 2021 dan tak pernah berkomunikasi secaraperibadi pun kita hanya berjumpa di event, bersama Dr Jezamine, kami tak follow each other di sosial media, saya tiada nombor telefon pun,” jelasnya.

Wanita itu juga mengakui ralat apabila namanya ‘dipetik’ netizen berhubung isu terbabit kerana sedikit sebanyak menganggu reputasinya susulan ada pihak menggelarnya sebagai penyondol selepas video di atas yatch bersama.

“Saya kena hentam teruk di media sosial, orang cakap saya penyondol ia memang tak elok untuk imej dan reputasi saya,” katanya.

Terdahulu, nama Nadira Isaac telah dikaitkan sebagai punca pasangan yang sudah 14 tahun berumah tangga itu berpisah selepas ada pihak tidak bertanggungjawab menularkan semula video dia ada diatas yatch yang sama dengan pelawak terbabit.

Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup sejak 12 Jun 2014, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Artikle Berkaitan :>

Harith Iskandar ambil anjing jadi anak angkat

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button