Hiburan

Harith Iskandar ambil anjing jadi anak angkat

PELAWAK, Harith Iskandar telah mengambil seekor anjing yang kehilangan dua kaki sebagai anak angkat selepas diselamatkan seorang wanita beragama Islam.

Anjing yang diberi nama Marvella itu menyentuh hati Harith bersama isterinya, Jezamine selepas terbaca kisah berkenaan haiwan tersebut.

Kisah bagaimana Nurul Aini Abdul Hamid menjaga anjing tersebut walaupun pernah dipaksa untuk mengakhirkan hayat binatang tersebut buat Harith dan isterinya tersentuh.

Malah, mereka berdua selepas itu membuat keputusan untuk mengambil haiwan tersebut sebagai anak angkat untuk tinggal bersama.

“Selepas perbincangan bersama Nurul Aina, akhirnya dia bersetuju untuk kami mengambil Marvella walaupun dengan rasa berat hati.

“Saya juga akan bawa Marvella untuk bertemu dengan Nurul Aina setiap bulan.

“Sekarang saya adalah ayah kepada tiga orang anak, dua ekor kucing buta dan seekor anjing yang mengkagumkan,” katanya di akaun Instagramnya.

BACA> Ayam Najib, Reban Mahathir – Suara Merdeka

Ruangan komen instagram Harith turut mendapat reaksi positif selepas melihat usaha pelawak itu.

Namun, tidak kurang juga yang mempertikai perbuatan Harith dan menganggap anjing sebagai haiwan yang haram dipegang.

Ini bukan kali pertama gambar selebriti memegang anjing dan mendapat kecaman dan komen sinis daripada netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, Nabila huda pernah mendapat kecaman kerana bergambar dengan seekor anjing jenis Husky.

Izzue Islam yang pernah memuat naik video rakamannya menyelamatkan seekor anjing juga sebelum ini pernah mendapat kritikan daripada netizen.

BACA> Pemuda PH Perak seru penyokong – Suara Merdeka

Selain berpakaian seksi, memegang anjing antara yang sering mendapat kecaman netizen walaupun kita boleh membersihkan diri selepas memegang anjing tersebut mengikut cara samak yang diajar Islam.

Adakah kelibat selebriti yang mempamerkan diri mereka memegang atau bermain dengan anjing akan mempengaruhi keterbukaan minda masyarakat untuk menerima haiwan tersebut sama seperti kucing? -SM

(Visited 1,400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button