Berita

Sebab wujudnya lesen platfrom media sosial untuk elakkan buli siber

KERANGKA kawal selia baru berkaitan Internet selamat untuk kanak-kanak dan keluarga akan diperkenal pada 1 Ogos ini dan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025.

Kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini memaklumkan ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet perlu mematuhi undang-undang Malaysia bagi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menerusi kerangka baru itu, semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Kerangka kawal selia baru ini hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna,” menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM, kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.

“Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat serta pengalaman yang lebih baik untuk pengguna terutama kanak-kanak dan seisi keluarga,” katanya.

Suruhanjaya itu memaklumkan sebelum ini, platform media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

Kredit – BERNAMA

Artikle Berkaitan :>

Polis tahan pemandu lori bagi bantu siastan kes ugutan terhadap pempegaruh media sosial kerana kematian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button