Acara

Anak peneroka pecah tradisi jual kasut yang lebih inovasi, ‘Budi’ rekaan khas kenang jasa peneroka

SELALUNYA, usahawan dari peneroka Felda lebih tertumpu dalam bidang pertanian dan makanan namun lain pula bagi anak jati Felda dari Lawin Selatan, Gerik Perak, Muhammad Ikmal Aliff, 30, ini lebih memilih perniagaan yang inovasi dengan memperkenalkan kasut dari rekaannya sendiri iaitu jenama ‘Saukas’.

Mempunyai lebih 400,000 ribu pengikut di TikTok dan aktif menjalankan perniagaan di aplikasi itu, jenama tempatan Saukas mempunyai 17 rekaan kasut antara yang paling mendapat perhatian adalah rekaan yang diberi nama ‘Budi’ bagi mengenang jasa peneroka.

Menurut, Ikmal yang merupakan Pengarah Saukass International itu, rekaan ini diciptakan khas bagi ‘Hari Peneroka Felda’ yang sudah berlangsung di Maps Serdang baru-baru ini, mempunyai gaya tersendiri berasaskan warna putih dan oren serta mempunyai maksud tersirat pada corak kasutnya.

Kasut Budi mengenang jasa untuk ‘Hari Peneroka’, di tapak bawahnya adalah Rubber untuk keselesaan pada si pemakai malahan ia merupakan Anti Slip di bahagian atas pula mengunakan PU Leader, rekaan di tepi itu pula merupakan simbolik jatuh bangun Felda.

‘’Saya merupakan anak jati Felda generasi kedua dan saya dilahirkan dan dibesarkan di felda jadi bila kita dapat lakukan satu design kasut eksklusif terutamanya tribute untuk Felda iaitu ‘Budi’, satu perasaan bangga dan diterima baik di Felda.

‘’Satu pencapaian yang besar yang kita dapat, di sini Felda terima kita punya idea untuk berkoleberasi dan menghasilkan satu design khas untuk hari peneroka Felda’’.

Katanya ketika ditemui boleh oleh Suara Merdeka di Maps Serdang semalam semasa ‘’Hari Peneroka Felda’’ sedang berlangsung.

Beliau juga turut berkongsi, sepanjang jualan yang berlangsung di ‘Hari Peneroka’ selam tiga hari ini mendapat sambutan yang hangat sehingga mencecah keuntungan sebanyak RM60,00.

Pengurus Promosi ‘Hari Peneroka’, Naziffuddin, sepanjang acara berlangsung selama tiga hari ini menerima kunjungan lebih dari 5000,00 orang.

Bagi dirinya sepanjang 68 tahun bukan jangka masa yang pendek sempena acara ini pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan untuk orang ramai.

‘’Untuk tiga hari ini kita ada lebih 38 program, 1 ribu jualan dan juga usahawan yang paling unik adalah 316 rancangan, kita minta mereka jual produk mereka.

‘’Usahawan kita kategori kepada tiga, pertama kluster 1 yang betul-betul anak peneroka yang kedua K6 berasaskan perladangan dan pertanian untuk kluster ini lebih kepada menjual baja, baja dan yang terakhir lebih kepada Food Festival.

‘’Uniknya hari peneroka tahun ini kita tidak buat untuk orang peneroka sahaja, kita buat untuk orang Malaysia sebab kita tahu bahawa felda ini sudah mencapai tiga juta rakyat Malaysia iaitu 10% maksudnya besarlah, kita buat di Maeps sebab kita generasi keempat, ketiga dan kelima duduk di luar rancangan, kita mahu orang lain sertai dan hargai serta raikan ‘Hari Peneroka Felda 2024’. Katanya ketika ditemui semasa ‘Hari Peneroka’.

Artikle Berkaitan :>

Acara Hari Peneroka Felda dapat sambutan dari orang ramai, ada jualan musim durian dan konsert

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button