Ekonomi

Jam tangan mewah untuk pemenang kempen kad kredit PB Visa

BAK kata pepatah, “Masa tidak menunggu kita”. Para pemenang Kempen ‘Berbelanja Sekarang dan Dapatkan Jam Tangan Mewah dengan Kad Kredit PB Visa’ PublicBank kini boleh menghargai setiap detik dengan jam tangan mewah bernilai RM50,000.

Hadiah tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar, Perkhidmatan PB Kad, Tee Chui Chee, dan Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon kepada lima orang Pemenang Hadiah Utama yang berbelanja paling banyak semasa majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini di Sincere Fine Watches Pavilion Kuala Lumpur.

Kempen yang berlangsung dari 1 November 2023 hingga 28 Februari 2024 itu menerima sambutan yang menggalakkan daripada Ahli Kad Kredit PB Visa.

Di samping hadiah utama, 32 orang Ahli Kad Kredit Visa turut membawa pulang hadiah bulanan berupa Pulangan Tunai sebanyak RM1,688 sementara Pulangan Tunai berjumlah RM400,000 diberikan kepada Ahli Kad Kredit PB Visa lain yang memenuhi pelbagai kriteria perbelanjaan.

Public Bank akan terus memberi nilai, keistimewaan dan menganjurkan kempen sebagai ganjaran kepada semua Ahli Kad Kredit Visa yang dihargai. Mendaftarlah untuk “Kad yang Memberi Anda Banyak Kelebihan” dengan mengunjungi cawangan Public Bank yang berhampiran atau memohon dalam talian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai promosi lain yang sedang berlangsung, layari laman web Public Bank melalui www.pbebank.com atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan PB melalui 03-2170 8000. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button