Tanah runtuh berlaki di kaki Gunung Kinabalu
KEJADIAN tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu sekitar Mesilou, Kundasang di sini, pagi tadi.
Menurut laporan Bernama, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergerak ke tempat kejadian dan pemantauan masih dilakukan hingga kini,” katanya.
Ketua BBP Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan bersama anggota Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia dijalankan berhampiran lokasi runtuhan bagi memastikan
masyarakat di kawasan berhampiran selamat.
Dalam pada itu seorang pemilik inap desa di Mesilou Ahmad Ragif Hamzali, 47, berkata penduduk di kawasan itu merasai gegaran sekitar 9 hingga 10 pagi.
Artikle Berkaitan :>