Rencah Hidup

Selepas 29 tahun, salji turun di puncak Gunung Kinabalu

TAHUN 1975 dan 1993 puncak Gunung Kinabalu, Sabah pernah dituruni salji dan pagi tadi, tular di media sosial fenomena luar biasa yang serupa berlaku.

Kawasan puncak Gunung Kinabalu diselaputi salji. Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira dua minit bermula awal pagi iaitu sekitar pukul 6.20 pagi.

Menurut Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justinus Guntabid, kawasan yang dituruni salji berlaku di sekitar Sayat-Sayat iaitu di kilometer 7 hingga ke puncak gunung berkenaan.

“Keadaan cuaca di kawasan gunung pagi ini sejuk sedikit berbanding biasa. Berdasarkan rekod suhu, ia sekitar 6.9 hingga 12.3 darjah celcius dari pukul 2 hingga 10 pagi. Tahap kelembapan pula ialah 52% hingga 62%.

“Kejadian ini sedikit luar biasa kerana kelazimannya hanya berlaku hujan ais atau pembekuan di sekitar puncak. Apa yang dilihat pagi ini ialah, ianya benar-benar salji,” katanya.

Justinus berkata, mengikut rekod sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada 1975 dan 1993. – SM

(Visited 1,147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button