Hiburan

Amelia Henderson mahukan lelaki yang boleh hargai dirinya

HUBUNGAN percintaan antara pelakon Amelia Henderson dan actor Aedy Ahraf sudah berakhir, bagaimanapun menurut Amelia mereka hanya berkawan.

Menurut Astro Gempak, Amelia mahukan seseorang yang boleh hargai serta membahagiakan dirinya.

‘’Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa, baik, gembirakan saya. Apa yang penting untuk sekarang ini saya bukan mencari relationship, saya mencari rezeki untuk bekerja,” katanya.

 

‘’Sementara itu, Amelia berpendapat rupa paras bukan ciri yang menjadi keutamaannya dan berharap dapat bertemu dengan seseorang yang boleh menghargai dirinya.

Related Articles

 

“Saya tak pernah fikir sangat pasal benda (paras rupa) tu, sebab saya rasa isi hati tu lagi bertahan daripada rupa, penampilan saya yang sebegini pun tidak akan kekal buat selama-lamanya.

 

“Tidaklah berupa sangat cuma saya berharap dapat jumpa seorang yang boleh hargai saya dan bukan dia minat sebab rupa saya tapi sebab isi hati saya,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia berkata dia masih lagi belum bersedia untuk menerima sesiapa sebagai teman istimewa dalam masa terdekat.

Artikle Berkaitan :>

Mahkamah perintah Amelia bayar RM200,000 kepada A.Aida

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button