Sukan

Euro 2024: Sepanyol bukan tandingan Croatia

SEPANYOL membuktikan mereka masih lagi jaguh di Eropad apabila memulakan kempen Euro 2024 dengan membelasah Croatia 3-0.

Dalam perlawanan kumpulan B, awal pagi tadi itu,  anak-anak buah Luis de la Fuente memanfaatkan 45 minit separuh masa pertama untuk menjinakkan Croatia.

Pada separuh masa kedua tiada jaringan dihasilkan dan kedua-dua pasukan bermain seimbang.

Ketua pasukan Sepanyol, Alvaro Morata, serta pemain sandaran, Febian Ruiz dan Dani Carvajal menjadi pemusnah benteng lawan untuk memastikan mereka  mendapatkan tiga mata penuh untuk menghuni tangga teratas kumpulan B.
Meskipun melakukan kesilapan ketika membuat hantaran, penjaga gol utama, Unai Simon, bangkit menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan hasil kekasaran yang dilakukan oleh pemain Manchester City, Rodri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button