Adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dibunuh tahun lalu, ditempatkan dalam jagaan jabatan kebajikan (JKM) Selangor.
Abang Zayn turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, demikian menurut laporan Harian Metro.
Ia disahkan oleh Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim sambil menambah ada keperluan untuk jabatan itu menjaga kanak-kanak itu.
Semalam, bapa Zayn, Zaim Ikhwan Zahari, dan ibu, Ismanira Abdul Manaf, didakwa bersama di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan pengabaian kanak-kanak.