Nasionalpilihan

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas tuduhan abaikan anak

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang Zayn dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Disember tahun lepas dan ditemukan mati pada keesokan harinya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan pengabaian kanak-kanak.

Bapa Zayn, Zaim Ikhwan Zahari, dan ibu, Ismanira Abdul Manaf, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan hakim Syahliza Warnoh.

Zayn dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis tahun lepas. Dia ditemui mati pada keesokan harinya.

Hasil bedah siasat mendedahkan beberapa kecederaan termasuk kecederaan di bahagian pertahanan manakala punca kematian dipercayai dicekik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button