Nasionalpilihan

Polis Pulau Pinang siasat kes kucing diikat dalam guni guni, dibuang dalam sungai

Polis Pulau Pinang sedang menyiasat kes seekor kucing disumbat dalam guni sebelum dibuang ke dalam sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, semalam.

Memetik BERNAMA. Ketua Polis Daerah Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kekejaman Haiwan 2015.

Terdahulu, klip video berdurasi 66 saat menjadi tular di media sosial menunjukkan beberapa orang mengambil karung guni dari sungai dan menemui kucing mati di dalamnya.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, mereka telah menerima maklumat mengenai beberapa lagi kejadian seumpama itu pada masa lalu.

Arie berkata semalam seorang saksi, yang merupakan wakil persatuan itu di Pulau Pinang, membuat laporan polis selepas melihat seorang lelaki membaling guni berisi kucing ke dalam sungai pada 8.30 pagi.

Dia cuba menyelamatkan kucing itu tetapi mendapati ia telah mati.

“Kami menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci, termasuk menahan suspek terbabit,” kata Arie. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button