Nasionalpilihan

Anwar jumpa Ismail Haniyeh atas dasar kawan, bukan promosi keganasan

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar adalah atas dasar kawan dan bukannya mempromosi keganasan.

Malah kata Perdana Menteri, beliau turut mengambil kesempatan pada pertemuan itu merayu pemimpin Hamas itu supaya mematuhi seruan untuk berdamai, menerima penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin, dan mengadakan pertukaran tahanan.

Ketika sesi soal jawab di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo, hari ini, Anwar memberitahu beliau dan Ismail sudah lama berkawan.

Jadi, kata Perdana Menteri tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh bertemu.

“Adakah (bertemu Ismail) satu kesalahan? Adakah saya mempromosikan keganasan?Tidak.

“Saya menggesa (Ismail supaya akur dengan usaha perdamaian) kerana saya ada kelebihan. Apa kelebihan saya, kenal mereka (Ismail/Hamas) dan mereka lihat saya sebagai kawan,” katanya.

Pertemuan Anwar dengan Ismail mencetuskan pelbagai andaian terutama apabila Malaysia didakwa menyalurkan dana kepada Hamas yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel, AS serta sekutu mereka.

Anwar dilaporkan berkata sebagai rakan dia bertanggungjawab untuk mencuba dan mendapatkan penyelesaian secara aman bagi menamatkan konflik Israel-Palestin. – SM

ADS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button