Nasionalpilihan

Bas dari Thailand perlu permit APAD untuk masuk Malaysia

BAS dari Thailand boleh masuk ke Malaysia tetapi perlu mendapatkan permit dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, syarikat bas berkenaan perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang dan lokasi penginapan.
“Peraturan ini terpakai kepada semua negeri termasuk Kuala Lumpur, bukannya negeri sempadan semata-mata seperti di Kedah dan Kelantan.
“Perkara ini sudah diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini cuma yang kita sekat adalah van dari Thailand kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan akan mengambil penumpang di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Operasi Fasa 1 Projek Pembesaran dan Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr. Izani Husin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button