Nasional

LTTE: Parti Putra akan cabar kuasa budi bicara Peguam Negara

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dijangka akan mencabar kuasa budi bicara Peguam Negara terhadap keputusan untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Naib Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang peguam berkata  amat jarang kuasa budi bicara Peguam Negara di cabar dan mungkin ini peluang julung kali untuk mencabar kuasa tersebut.

Menurutnya kuasa budi bicara peguam negara di Singapura pernah dicabar menunjukkan bahawa kuasa budi bicara seorang peguam negara bukanlah bersifat mutlak.

[BACA ARTIKEL] Alasan penuh Tommy Thomas bebaskan 12 tertuduh berkaitan LTTE

Mohd. Khairul Azam berkata, kuasa peguam negara tetap bergantung kepada beberapa prasyarat asas samada keputusan itu di buat dengan suci hati atau atas tekanan lain.

“Putra tidak akan berdiam diri dan tidak akan juga asyik berbincang sesama sendiri tentang kelakuan peguam negara ini tanpa mengambil apa-apa tindakan konstruktif.

“Putra akan bertindak dalam kesempatan ruanglingkup yang tinggal demi memastikan negara kita kembali ke landasan yang layak di hormati masyarakat, bukan berterusan sebagai Negara yang di tertawakan masyarakat dunia,”  kata Mohd Khairul Azam.

[BACA ARTIKEL] LTTE: Terima kasih Tommy kerana guna kuasa Perlembagaan anda

Tommy hari ini menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada beliau untuk menggugurkan pendakwaan terhadap 12 individu terbabit.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” kata Tommy.

[BACA ARTIKEL] LTTE: Ramasamy juga berterima kasih kepada Tommy

Sementara itu, Mohd. Khairul Azam berkata, Putra tidak terkejut dengan keputusan peguam negara untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Ini kerana sebelum ini beberapa kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan turut digugurkan oleh Tommy Tommas.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button