HiburanKesihatan

Rupanya ramai selebriti lakukan pembedahan Bariatrik bersama dokter ini

Pembedahan potong usus atau dikenali sebagai Pembedahan Bariatrik bukan lah sesuatu yang baru dalam kosmetik, rupa-rupanya ramai selebriti di Malaysia lakukan pembedahan ini bersama seorang dokter yang dikenali Dr Mustafa Mohammed Teher. 

Dr Mustafa Mohammed Teher menerangkan tentang pembedahan Bariatrik

Beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.

Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit dan ramai pesakit dalam dan di luar negara yang datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.

Biotrik bukan sahaja untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obisiti malah mampu untuk meningkatkan kesihatan.

Beliau juga menjelaskan untuk lakukan pembedahan ini bukan sekadar kelihatan cantik namun untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

“Buat benda ini (pembedahan Bariatrik) bukan sekadar untuk kurus sahaja, benda ini kita lakukan kerana masalah berat badan berlebihan dan mampu melawan penyakit malah akan kelihatan bahagia.

“Pesakit yang sesuai untuk lakukan pembedahan ini adalah berat badan yang melebihi 32.5 maknanya obisiti kelas dua ke atas ataupun kelas satu yang mempunyai penyakit kencing manis.” Jelasnya semasa majlis Perkongsian Mengenai Bariatrik kelmarin yang berlangsung di restoran Ampang.

Dalam majlis itu turut dihadiri beberapa selebriti yang sudah melakukan pembedahan bersama Dr Mustafa antaranya, Ziana Zain, Zarina Zainudin Datuk Khaty dan Ziela Jalil.

Aktress Zarina Zainuddin akui melakukan pembedahan bariatrik pada bulan lalu kerana faktor kesihatan yang dialaminya iaitu derita sakit lutut, kelestro tinggi dan hati berlemak.

Zarina Zainuddin selepas melakukan pembedahan Bariatrik

“Sebelum ini badan saya ada macam-macam masalah, saya mula jumpa doktor Mustafa apabila saya mula sakit tumit, pada awalnya doktor tidak menjamin saya boleh lakukanya, kena buat chek up dahulu sesuai atau tidak, lepas dah chek up baru doktor benarkan lakukan pembahan tersebut.

“Selepas lakukan pembedahan badan rasa lebih ringan”. Jelasnya.

Bagi Penyanyi terkenal Ziana Zain pula dia melakukan pembedahan ini kerana urid asid yang terlalu tinggi dan saluran hempedu besar sehingga menggangu nyayiannya ketika lakukan persembahan.

Platun lagu putus terpaksa itu turut menasihati kepada orang ramai jika mempunyai masalah yang sama digalakkan melakukan pembedahan tersebut demi menjaga kesihatan.

Ziana Zain melakukan pembedehan Bariatrik pada tahun lepas (2022)

“Pada sesiapa yang ada rezeki lebih dan obisiti lakukan untuk jaga kesihatan, ada duit pun kalau tak sihat tak bermakna seperti selalu ungkapan dari cina ‘kena sihat baru ada duit, kalau tak sihat bagaimana nak kerja, mahu cari duit’.

“Jangan sayang duit, sayang nyawa, duit boleh cari kesihatan tak boleh cari kita hidup sekali mati sekali” jelasnya.

Artikle Berkaitan :>

 Pembedahan bariatrik perkara biasa, Lufya Omar lakukannya

Jatung Rohana jalil berpotensi berhenti bila-bila masa sahaja, pengurus kesal dengan tindakan hospital

Kurus sebab pembedahan, jangan tipu pengguna

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button