Hiburan

Diva AA dibomoh atau kifarah?

Bekas pengacara, Azwan Ali atau lebih mesra disapa dengan panggilan Diva AA mendedahkan kepada umum mengenai penderitaannya terkena buatan sihir yang dipercayai seseorang dalam industri hiburan. Dia mendakwa, si pelaku itu merupakan seseorang yang dikenali.

Artis yang berusia 57 tahun itu berkata, gangguan yang paling teruk terjadi apabila menjelang lewat malam terutamanya pada jam 3 pagi sehingga menjelang subuh.

Gangguan yang dialami turut menyebabkan dirinya menjadi tidak tentu arah serta kelesuan badan. Jika tidak kuat, kemungkinan boleh jadi gila apabila menghadapi situasi berkenaan.

Diva AA juga mengakui, dia sudah menerima rawatan daripada seorang ustaz di Melaka.

Pengacara sensasi itu turut meluahkan rasa sedih terhadap si pelaku yang sanggup melakukan perkara syirik itu terhadapnya.

“Memang mulut saya jahat tapi tak payahlah sihir. Sakit badan rasa terbakar,” luah Diva AA.

Kini Azwan sudah pun pulih daripada ganguan berkenaan sepenuhnya.

Menjengah ke ruangan komen Instagramnya (IG), ramai mendoakan yang terbaik untuk kesihatanya dan berharap menjaga mulutnya selepas ini. – SM

 

Artikle Berkaitan :>

Gara-Gara Sejadah, Azwan Ali Maki Azza Elite Kononnya Lambat Buat Penghantaran!

Didakwa fitnah Azwan Ali, Rozita Che Wan hadir beri keterangan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button