Hiburan

Gara-Gara Sejadah, Azwan Ali Maki Azza Elite Kononnya Lambat Buat Penghantaran!

Penyanyi dan pelakon, Azza Elite terpaksa menghadap makian dan kata-kata kesar pengacara kontroversi, Azwan Ali gara-gara lambat membuat penghantaran sejadah.

Kata Azwan, dia membuat tempahan seminggu yang lalu namun perkhidmatan Azza mengecewakannya dan perkara itu diluahkan menerusi Instagram miliknya.

 

“Dah seminggu aku tunggu sejadah kau. Kau sibuk jahit sejadah ke? Inilah masalah bisnes orang Melayu.


“Duit aku berkepuk-kepuk. Aku mampu bayar. Tak hadap percuma pun daripada kau!” tulis Azwan.

Dek kerana luahan berbaur negatif sedemikian, Azza tampil memberikan maklum balas dan memohon Azwan untuk memahami keadaan dirinya yang baru sahaja kehilangan ayah.

“Sampai hati dia tulis macam ni. Bapa saya baru sahaja meninggal dunia semalam (kelmarin). Faham tak? Jangan sesuka hati maki. Sebab dah terbiasa, mulut tu maki orang jadi makanan kau.

“Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur tapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan orang lain,” tegas Azza yang kesal dengan tindakan Azwan seolah-oleh tidak menghormati sensitiviti dirinya.

Dalam masa sama, Azza menasihati Azwan supaya sentiasa mengingati Allah SWT sebelum bercakap tentang sesuatu perkara yang boleh mengguris perasaan dan hati orang lain.

“Saya baharu kehilangan ayah tahu? Jangan buat anak yatim macam ni abang. Dan jangan lupa kematian tu sangat dekat dengan kita. Ingat Allah ya bang sebelum nak cakap apa-apa.

“Abang niat nak beli sejadah tu bagus sangat tapi cara tu macam tak manis sangat. Bagus abang jaga hubungan dengan Allah tapi Allah juga suruh kita jaga hubungan sesama hamba,” luah Azza.

Menurutnya lagi, Azza terlalu sibuk menguruskan kedua-dua orang tuanya sebelum ini sehingga terpaksa meletakkan urusan perniagaan ke tepi.

“Saya tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura pun beberapa hari terus sibuk nak fikir urusan mak saya, dengan bapa saya sakit.

“Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke apa ke. Saya fikir ayah dan mak saya sahaja. Keadaan ibu bapa saya. Dalam dunia ini biar kita dahulukan mak dan ayah kita ya bang,” ujarnya.

Azza juga turut menjelaskan bahawa dia tidak minta simpati sesiapa namun tetap menghargai orang ramai yang sentiasa banyak menyokong perniagaanya.

(Visited 877 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button