Hiburan

Didakwa fitnah Azwan Ali, Rozita Che Wan hadir beri keterangan

BEBERAPA hari sebelum ini, kecoh di laman sosial berkaitan dengan pertelingkahan dua selebriti iaitu Azwan Ali dan Rozita Che Wan.

Semuanya bermula selepas Azwan Ali membuat status teguran terhadap Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkenaan pakaiannya yang dianggap melampau ketika hadir mengambil vaksin.

Namun, teguran yang diberikan Azwan seperti kebiasaannya diselitkan dengan bahasa yang dianggap kasar dan perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati Che Ta.

Che Ta kemudian menerusi akaun media sosialnya membalas teguran Azwan dengan menyelitkan ayat yang didakwa Azwan sebagai mempunyai unsur fitnah.

Kemuncaknya, Azwan tampil membuat satu laporan polis pada semalam atas kenyataan Che Ta yang disifatkan mengandungi unsur fitnah yang memburukkan imejnya.

Malah, Azwan turut menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan saman berjumlah RM5 juta terhadap Che Ta.

Susulan itu, Che Ta telah dipanggil untuk hadir memberi keterangan berhubung laporan polis tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur.

Menurut Che Ta, proses memberi keterangan sebentar tadi berjalan dengan lancar dan kini hanya menunggu untuk proses selanjutnya diambil.

Jelas Che Ta lagi, dia sebenarnya tidak mahu kes ini dipanjangkan-panjangkan, tetapi kerana Azwan yang memulakan dahulu, jadi dia hanya mengikut proses yang dijalankan.

“Saya rasa kita ni manusia biasa yang tiada apa pun. Kami pun dalam industri yang sama dan kenapa kita perlu buat musuh.

“Semua orang tahu sekarang ini kita berada di akhir zaman. Kalau tak berbaik pun tak mengapalah, tapi tak perlu buat musuh,” katanya. -SM

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button