Dominic Lau berjaya pertahan kerusi Presiden GERAKAN
PEMILIHAN Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang berlangsung hari ini menyaksikan sebanyak 1130 kertas undi dikeluarkan.
Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berjaya mempertahankan jawatan Presiden Nasional dalam pemilihan parti itu.
Beliau berjaya meraih undi 429 undi, menewaskan tiga pencabar bekas naib presiden Michael Gan (76 undi), bekas setiausaha agung Liang Teck Meng (275 undi), dan Pengerusi Wilayah Persekutuan, Lau Hoi Keong(225 undi).
Selain itu, Oh Tong Keong Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang turut mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dengan meraih 546 undi dalam pemilihan parti.
Dominic Lau mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan kerana memberi kepercayaan kepada beliau sekali lagi memegang jawatan presiden nasional.
Dalam pada itu, Dominic Lau mengingatkan kepada calon-calon yang kalah dalam pemilihan parti tidak terus menghilangkan diri sebaliknya lupakan semua persengketaan dan bersama-sama untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Memenangkan Perikatan Nasional. – SM
Artikel berkaitan > Dominic Lau dicabar 3 lagi pemimpin untuk pertahan kerusi Presiden GERAKAN