Sukan

The Pocket Rocketman layak ke Sukan Olimpik Paris!

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menganggap dirinya layak menerima sokongan istimewa dalam mengejar impian emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Beliau berkata, sudah lama beliau membuktikan kebolehannya dengan muncul juara dunia keirin 2017 selain meraih gangsa di Olimpik Rio 2016 dan pingat perak di Tokyo 2020.

Kejayaan tersebut, menurut pelumba berusia 35 tahun ini melayakkan dirinya menjadi antara pencabar utama pingat pada temasya Olimpik Paris yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai sehingga 8 Ogos 2024.

“Saya sudah juara dunia. Itu sudah cukup untuk menunjukkan kepada semua bahawa saya layak menerima layanan terbaik.

“Untuk beraksi di Olimpik dan menang pingat dua kali, bukanlah mudah. Kemudian saya kembali seleps menjalani pembedahan jantung terbuka dan menang dua emas peringkat Asia,” katanya.

Beliau berkata, berbasikal berbeza daripada sukan-sukan lain, didominasi pelumba Eropah, lawan yang lebih besar.

Sepatutnya kita berbangga, gembira dengan rakyat Malaysia, katanya.

“Saya yang  saiz kecil ini boleh dominasi pada tahap dunia yang turut memberikan inspirasi kepada atlet pelapis dan golongan muda,” ujar beliau.

Katanya lagi, kalau ada orang yang masih menidakkan kebolehan dan keupayaannya, beliau tidak tahu nak cakap apa.

“Kalau betul saya tak layak, saya faham tetapi laluan untuk ke Olimpik, setahun lebih sedikit sahaja lagi. Ini adalah Olimpik terakhir buat saya. Berikan saya sokongan yang baik,” katanya menurut laporan Bernama.

Azizulhasni menerusi media sosialnya melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional sejak awal tahun ini.

Beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pegawai baru-baru ini dan tidak menyalahkan keseluruhan MSN.

Tetapi hanya kerana ‘nila setitik’ yang mencemarkan keseluruhan imej organisasi tersebut, dakwa Azizulhasni. – SM

BACA Azizulhasni layak acara pecut Olimpik Tokyo 2020

BACA Azizulhasni kembali ke puncak dunia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button