Kit Siang juga bersongkok
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berasa bangga Tan Sri Lim Kit Siang akhirnya memakai songkok sebagai pakaian protokol dan istiadat.
“Saya masih ingat lagi Adun Triang Leong Ngah Ngah telah enggan memakai pakaian seragam Adun semasa istiadat dan songkok atas alasan larangan parti DAP semasa Kit Siang jadi Setiausaha Agong DAP.
”Secara terbuka saya ingin memohon pada parti DAP untuk memohon maaf pada MCA dan semua ahli MCA yang dipanggil sebagai “Anjing Umno” dan pengkhianat kerana menerima adat resam dan pakaian seragam yang berlandaskan tradisi Melayu dan lain-lain,” katanya.
Kata beliau, dulunya penerimaan penganugerahan oleh ahli-ahli MCA pun akan di cemuh oleh puak-puak DAP.
BACA: Halusnya permainan politik Kit Siang
Sebelum ini DAP telah pun memohon maaf pada Gabungan Parti Sarawak , Umno dan lain-lain.
Katanya, mengapa DAP tidak meminta maaf kepada MCA dan MIC yang menjadi sasaran serangan utama mereka kerana bekerjasama dengan Umno demi mencari titik pertemuan masyarakat kita yang kepelbagaian.
”Semangat meminta maaf ini adalah cara terbaik ke arah penyatuan dan pengukuhan Kerajaan Perpaduan BN/PH dan lain-lain ke arah PRN negeri-negeri,” katanya.