Janna Nick & Dini bakal berkahwin 10 Jun
DULU di Instagram, heboh hubungan cinta yang dijalin putus. Rupa-rupanya ia sekadar nak buat konten atau gimik murahan.
Sekarang pasangan ini, Janna Nick dan Dini Schatzmann menjadi perbualan orang ramai apabila timbul desas-desus mereka berdua bakal disatukan pada 10 Jun ini.
Menurut laporan Kosmo, pasangan selebriti itu difahamkan akan melangsungkan perkahwinan di resort mewah, Pantai Cenang di Langkawi.
Ada juga sumber memberitahu, Pemenang Bintang Popular telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.
Difahamkan juga majlis yang bakal diadakan itu dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Namun sehingga kini kedua mereka tidak mengeluarkan seberang kenyataan berhubung isu tersebut.
Malah, kekasihnya yang juga pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu enggan mengulas lebih lanjut berhubung spekulasi berkenaan.
Sebelum ini pernah timbul isu bahawa mereka sudah bernikah di Selatan Thailand, namun sejauh mana kebenaran pihak media sehingga kini masih belum menerima apa-apa kenyataan dari mereka berdua.
Terdahulu, Jannah menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila dia memuat baik perkongsian video mengatakan dirinya ‘single’ lebih menguatkan lagi, apabila membawa diri ke Eropah seorang diri.
Jannah dan Dini berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan mereka semakin akrab sehingga menjalin hubungan cinta sejak 2019-SM
Artikel Berkaitan
Cantik dan aktif berkarya, Janna Nick terima Anugerah Ikon Ekspresi Seni daripada Finas!