Nasional

Lelaki maut dalam perjalanan hantar anak ke sekolah

SEORANG lelaki, dalam perjalanan menghantar anak perempuannya ke sekolah, maut dalam kemalangan di KM122 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.12 pagi itu, mangsa Muhammad Asri Shahrul Nizam, 26, dari Kampung Ketoyong, Tanjung Malim maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Anak perempuannya yang berusia enam tahun, Puteri Hanamia Malaika, yang membonceng, cedera di kedua-dua tangan dan kaki kirinya.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kemalangan itu berlaku di antara motosikal Suzuki dengan kereta Proton Persona yang dipandu seorang wanita berusia 44 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta dari Sekolah Tamil Kebangsaan (SJKT) Ladang Ketoyong ke Slim River itu hendak masuk ke laluan kanan apabila mangsa melanggar bahagian belakang kanan kereta.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa dan anak perempuannya tercampak dari motor mereka.

“Bagaimanapun, pemandu kereta yang merupakan seorang guru tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hasni berkata kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya. – SM

BACA JUGA : Dua lagi mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau – Jabor

 

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button