NasionalNegeriPendidikan

UniMAP sediakan bas hantar pelajar pulang berhari raya

BERTUAH menjadi pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila disediakan kemudahan pengangkutan oleh pihak universiti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli telah melancarkan gimik pelepasan lapan buah bas yang membawa pulang pelajar ke Pantai Timur, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, di Dataran Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, di Kampus Tetap Pauh Putra, Arau malam tadi.

Zaliman (kanan) bertemu pelajar yang pulang ke kampung dengan bas disediakan UniMAP.

Beliau berkata, bagi pelepasan ini membabitkan 223 pelajar dengan sebuah bas ke Pantai Timur dan lima buah ke ibu kota serta negeri-negeri Selatan Semenanjung manakala dua buah bas lagi dengan 72 pelajar ke negeri-negeri Utara pada keesokan pagi.

“UniMAP memahami kesukaran yang dihadapi pelajar yang tidak sempat membeli tiket bas atau pengangkutan awam yang lain kerana sudah banyak yang habis sejak awal Ramadan.

Katanya, menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP dan Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (P3P) ini membolehkan UniMAP mengambil inisiatif ini bagi memastikan mereka dapat pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung,” katanya.

Hadir sama Pengarah P3P UniMAP, Prof Madya Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UniMAP, Dr Khairul Anwar Abdul Halim, Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP Mustaffa Ismail dan MPP UniMAP.

Katanya, bagi memudahkan pelajar dan pensyarah yang masih perlu mengikuti kuliah, UniMAP turut meluluskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian.

Zuliman (hadapan) melancarkan gimik pelepasan bas yang membawa pelajar pulang ke kampung menyambut Aidilfitri di Kampus Tetap Pauh Putra, Arau.

“Oleh itu, pelajar yang pulang ke kampung dapat membuat persediaan sewajarnya sambal mengikuti PdP secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Tahun Satu Kejuruteraan Elektrik, Nur Daniel Hasri Suhar bersyukur kerana UniMAP sentiasa memastikan kebajikan pelajar khususnya apabila menjelang perayaan.

Katanya, pada waktu kemuncak kebanyakan tiket bas mahupun pengangkutan awam lain sudah banyak habis namun inisiatif UniMAP itu menyebabkan bukan sahaja pelajar malah ibu bapa di kampung turut menarik nafas lega.

“Saya juga berpeluang bertukar cerita dan pengalaman bersama rakan-rakan dari fakulti lain ketika dalam perjalanan malah pemandu bas juga amat mementingkan keselamatan kami sepanjang masa,” katanya yang berasal dari Muar.

Selain Nur Daniel, pelajar tahun tiga Komunikasi Media Baharu Cha Pei Ying juga tidak melepaskan peluang pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan dengan bas yang disediakan UniMAP.

Pei Ying berkata walaupun tidak menyambut Aidilfitri, namun beliau teruja dapat menyertai rakan-rakan yang lain pulang ke kampung dan merasai kemeriahan suasana menjelang perayaan itu.

Katanya, penyediaan bas oleh UniMAP itu sekaligus membuktikan UniMAP sangat menitikberatkan masalah pelajar dan membantu menyelesaikan masalah pelajar tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Saya berharap UniMAP dapat menyediakan bas seperti ini lagi pada musim perayaan yang lain juga supaya pelajar tidak perlu berebut-rebut dengan orang awam ketika musim perayaan,” katanya. – SM

BACA KPT-PENJANA: UniMAP terima dana hampir RM4 juta

BACA UniMAP universiti pertama jalani penyelidikan IMAT

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button