Nasional

Perdana Menteri akan bersoal jawab di Parlimen bermula minggu depan

PARLIMEN akan menetapkan setiap Selasa sebagai hari untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersoal jawab di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat akan melaksanakan sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 13 Februari ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, buat permulaan sesi itu belum boleh dilaksana secara tetap dan akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap hari Selasa selama dewan bersidang.

“Kita cadang sesi itu dilakukan pada setiap Selasa untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan yang ditujukan kepadanya dan pada Khamis pula, sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

“Ini antara pembaharuan yang akan dilaksanakan cuma ia belum boleh dimaktubkan sebagai sesi tetap… kita mula sebagai ujian rintis dahulu untuk kita kenal pasti apa masalah yang mungkin timbul susulan pelaksanaannya,” katanya dipetik.

Johari turut menjelaskan, sesi PMQ hanya boleh digezetkan sebagai sesi tetap setelah beberapa pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat diaksanakan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button