Nasional

Pusat kitar semula panel solar dalam tempoh 10 tahun

KERAJAAN kini berharap sebuah pusat kitar semula untuk panel solar akan dibangunkan oleh pihak swasta, dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, pada masa ini banyak pihak mula membincangkan mengenai bagaimana cara mengitar semula panel solar, disebabkan ketiadaan pusat kitar semula untuknya.

Katanya pada masa ini sebuah syarikat swasta dari Kulim Kedah sedang menguji kemudahan mereka sendiri bagi mengitar semula fotovoltan (PV).

“Secara puratanya jangka hayat panel solar adalah kira-kira 20 tahun dan hanya beberapa tahun lepas kita mula memasang secara besar-besaran panel solar pada bangunan yang besar, jadi kita mempunyai kira-kira 10 tahun dari sekarang, sebelum faksiliti pembuangan pertama untuk mengitar semula panel solar ditubuhkan,” katanya ketika syarahan umum mengenai Penyelidikan dan Pembangunan Ekosistem dan Teknologi Hijau di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Yeo berkata, kebanyakan bahagian termasuk bahan kimia dalam panel solar boleh dikitar semula.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan menunggu kepada laporan ujian syarikat tersebut sebelum sebarang pengumuman boleh dilakukan mengenainya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button