Nasionalpilihan

Pelajar keciciran akedemik dipelawa sertai TVET KPLB

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan pelajar keciciran sekolah dan tidak lagi berminat dalam bidang akademik mengambil peluang mengikuti laluan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bidang TVET turut memberi jaminan masa depan dengan tawaran kerja yang memenuhi kehendak industri.

“Kita mempunyai 280 institusi TVET di bawah KPLB, sehingga Mac lalu, jumlah pelajar TVET KPLB sudah mencecah 48,785.

“Jadi tadi saya mengesyorkan agar pelajar-pelajar yang keciciran sekolah ini jika dia tidak minat akademik lagi dia boleh pergi kepada kemahiran (TVET), kita ada GiatMARAInstitut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan lain -lain yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).”

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kolokium Kaunseling Murid Berisiko Cicir Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, hari ini.

Kolokium itu kata Mahdzir, adalah untuk melihat bagaimana pelajar tercicir berhadapan dengan keluarga selain modul untuk menarik minat pelajar terbabit kembali ke sekolah.

Jelas beliau, kes keciciran pelajar di kawasan luar bandar adalah kecil dan antara punca yang dikenal pasti adalah berkaitan masalah keluarga dan faktor kemiskinan.

“Jumlah pelajar yang tercicir tidak lah ramai berbanding jumlah lima juta pelajar sekolah di seluruh negara, jadi guru kaunseling ini perlu ada modul untuk menarik mereka kembali ke sekolah dan sekiranya mereka tidak berminat kita cadang mereka ke laluan TVET.

Kolokium Kaunseling Murid Berisiko Cicir Negeri Kedah yang diadakan ini adalah juga untuk melihat bagaimana pelajar tercicir berhadapan dengan keluarga selain modul untuk menarik minat pelajar terbabit kembali ke sekolah,” kata Mahdzir. – SM

Artikel berkaitan > 48,800 pelatih sedang ikuti latihan dibawah TVET KPLB

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button