Politik

Sejarah di Melaka jangan berulang di Johor – Idris Ahmad

Wartawan Suara Merdeka

MUAR 5 Mac – “Sejarah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka diharap tidak berulang semula di Johor,” ujar ringkas Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad.

Justeru, beliau mahu semua jentera parti Perikatan Nasional (PN) untuk melipatgandakan usaha bertemu
seramai mungkin pengundi di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh semua calon PN.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, usaha paling penting untuk diberi
tumpuan adalah memastikan rakyat bangsa Johor yang menetap di luar agar mereka semua balik sewaktu hari
pengundian pada 12 Mac ini.

“Jika hendak pastikan sejarah di Melaka tidak berulang kita harus bekerja keras lebih daripada biasa.
Jentera parti harus bergerak aktif dengan masa seminggu sebelum rakyat keluar mengundi.

“Perkara ini amat penting untuk kita menyakinkan penduduk di setiap DUN yang ditandingi semua calon bahawa
mereka mesti mengundi PN bagi nak selamatkan bangsa Johor,” ujarnya sewaktu berucap pada program Santai
Bersama Menteri Agama.

Program itu diadakan di Desa Keroma Eco Resort, Kampung Keroma Laut, Muar, malam tadi yang turut dihadiri
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan;  calon PN bagi kerusi DUN Maharani, Abdul Aziz Talib dan calon DUN Sungai Balang, Datuk Zainuddin Sayuti.

Mengulas lanjut Idris berkata, maklumat mengenai PN menerusi video pendek harus diedarkan segera kepada
setiap pengundi.

“Sekarang ini saya lihat gerak kerja menyebarkan video pendek berjalan lancar dan ia harus dilipatgandakan
lagi khususnya menjelang hari mengundi nanti,” ujarnya.

Di samping itu juga beliau mahu jentera parti turut menyebarkan grafik dalam bentuk fakta mengenai apa
yang PN akan lakukan jika diberi peluang memegang tampuk pemerintahan di Johor.

Beliau juga mahu dalam tempoh seminggu ini, ahli parti memastikan sanak saudara, rakan-rakan serta anak-
anak mesti menyakinkan mereka untuk mengundi calon PN.

“Insyallah kalau kita terus bekerja dalam tempoh beberapa hari ini bertemu rakyat di DUN masing-masing
peluang kita untuk menang dan memerintah Johor adalah cerah,” ujarnya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button