BeritaNasionalPendidikan

2,763 graduan UniMAP terima Ijazah Konvokesyen Ke-15

HAMPIR tiga tahun Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak dapat menganjurkan majlis konvokesyen untuk para graduan disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Hari ini, sebanyak 2,763 graduan yang tamat pengajian masing-masing pada tahun 2020 bakal menerima ijazah mereka secara fizikal pada Istiadat Konvokesyen Ke-15 UniMAP.

Sudah semestinya majlis itu yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Kangar, mulai hari ini sehingga Selasa, disambut dengan rasa debaran bercampur bangga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menganugerahkan ijazah pada salah seorang graduan pada Istiadat Konvokesyen UniMAP 15 di Dewan Ilmu Kampus Alam, Pauh Putra, Kangar, Perlis, hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, 60 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 80 (Ijazah Sarjana Muda Sains) dan 37 (Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan).

Sebanyak 1,084 pula graduan yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan), 523 (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan), 521 (Ijazah Sarjana Muda Perniagaan), 166 (Ijazah Sarjana Komunikasi Media Baharu) dan 292 (Diploma).

“Bagi penerima Ijazah Doktor Falsafah, 37 penerima adalah graduan tempatan manakala 23 lagi adalah graduan antarabangsa,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, bagi penerima Ijazah Sarjana pula seramai 98 graduan adalah graduan tempatan dan 19 lagi adalah graduan antarabangsa.

Selain itu, Dr. Zaliman berkata, 5.8 peratus (134) pelajar adalah graduan dari Ijazah Sarjana Muda yang berjaya mendapat kelas pertama.

“UniMAP juga menanugerahkan Ijazah Kehormat Kejuruteraan kepada Tan Sri Ir. Abdahir Abdul Majid dan Goh Kheng Sneah,” katanya.

Untuk rekod, Konvokesyen kali ini juga akan berlangsung dalam lapan sidang.

Canselor UniMAP, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan Istiadat Konvokesyen bagi Sidang 1, 3, 5 dan 7.

Pro Canselor UniMAP, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pula berkenan menyempurnakan Istiadat Konvokesyen bagi Sidang 2, 4, 6 dan 8. – SM

(Visited 838 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button