Nasional

8.3 juta vaksin telah diberikan kepada rakyat

 

SEJUMLAH 8,346,697 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada rakyat.

Daripada jumlah itu 18.2 peratus populasi atau 5,952,815 penduduk telah disuntik dengan dos pertama manakala 7.3 peratus atau 2,393,882 penduduk telah disuntik dengan dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 263,012 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 178,148 dos pertama dan 84,864 dos kedua.

Kuala Lumpur mencatatkan peratusan populasi tertinggi diberikan suntikan dos pertama iaitu 59.5% (1,056,002) dan 11.8% (318,774) bagi dos kedua.

Diikuti Sarawak iaitu 39.6% (1,116,727) penduduknya telah disuntik dengan dos pertama dan 9.0% (252,496) dos kedua.

Ketiga tertinggi adalah Putrajaya dengan 36.7% (40.408) penduduk telah mendapat dos pertama dan 25.4% (27,950) dos kedua.

Labuan ditempat keempat iaitu 35.0% (34,881) telah menerima dos pertama dan 16.4% (16,363) menerima dos kedua.

JKJAV

Perlis kelima tertinggi dengan 26.6% (67,767) penduduknya telah disuntik dengan dos pertama dan 16.3% (41,609) dos kedua.

Manakala Negeri Sembila keenam tertinggi dengan 16.9% (190,382) penduduk telah menerima dos pertama dan 8.7% (98,230) dos kedua.-SM

 

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button