Hiburan

77 termasuk 50 juri, 25 peserta All Together Now Malaysia dipanggil polis

Langgar SOP PKPP

PROGRAM hiburan yang disiarkan oleh ASTRO dengan Sherie Al-Hadad sebagai pengacara menampilkan 50 juri termasuk Datuk AC Mizal sebagai Ketua Juri, All Together Now Malaysia telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Selain 50 orang juri yang terlibat, turut dipanggil ialah 25 peserta program itu sejak 8 Jun lalu berhubung dengan perkara tidak patuh kepada prosedur standard operasi (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP A. Asmadi Abdul Aziz, dua pegawai dari Kementerian Kesihatan (KKM) hadir sama ke IPD Putrajaya bagi memberi keterangan membantu siasatan jika wujud kesalahan berdasarkan bukti yang ada.

Beliau berkata, siasatan masih lagi dijalankan dan semua pihak yang terlibat dalam program itu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak patuh SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Untuk rekod, program hiburan itu kini digantung siarannya. – BERNAMA – SM

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button