Rencah Hidup

Kucing berak-berak selepas diberi makan, ini puncanya

ANDA tidak memiliki kucing, tetapi jiran-jiran mempunyai banyak kucing. Sering kali kucing bertandang ke rumah anda dan mengiaw-ngiaw ketara dalam keadaan kelaparan.
Mungkin kerana jiran balik kampung atau bergegas ke tempat kerja dan terlupa memberi makan kucing.
Sebagai insan berhati halus anda mudah tersentuh dan sering menyediakan makan kucing walaupun tidak pernah memiliki atau membela kucing.
Malangnya bila anda memberi makan sejurus kucing berkenaan telah berak dan muntah di kawasan rumah anda.
Kejadian sedemikian kadangkala melemah semangat anda untuk berbaik dengan si bulus tetangga.

Mungkin maklumat ini dapat mengubat sedikit rasa kecewa ini, kerana sebenarnya haiwan yang comel itu sedang sakit.  Kemungkinannya kucing berkenaan dijangkiti cacing kerana jangkitan itu boleh berlaku bila-bila sahaja dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi mengikut laporan dari Cornell University College of Veterinary Medicine mengatakan yang lebih 45 peratus kucing akan dijangkiti parasit usus pada bila-bila masa.

“Adalah tidak normal sekiranya kucing tidak pernah dijangkiti oleh parasit ini,” kata Dr. Cathy Lund dari City Kitty, klinik veterinar yang khas untuk kucing.

Berita baiknya, veterinar anda boleh merawat kecacingan pada kucing dengan efektif dan selamat tanpa perlu panik.

Jadi selain memberi makan, apa salahnya bawa sekali kucing berkenaan ke klinik untuk diubati.

angkitan bergantung kepada jenis cacing namun selalunya kucing dijangkiti kecacingan kerana terdedah dengan telur atau najis kucing yang terjangkit.

“Kucing terpijak najis yang dijangkiti kemudian menjangkit diri mereka sendiri ketika merapi tubuh badan mereka,” kata Dr. Lund.

Dalam beberapa kes, kucing yang selalu keluar rumah yang kemudiannya memburu tikus yang sememangnya mempunyai cacing dalam tisu mereka. Kucing kemudian memakan tikus tersebut lalu menelan tisu yang mempunyai cacing itu lalu larva cacing akan mula membesar di dalam usus kucing. Kucing juga boleh dijangkiti dengan memakan kutu yang membawa telur cacing atau digigit oleh larva cacing yang membenamkan di kulit kucing. Anak kucing juga boleh dijangkiti beberapa jenis cacing bulat apabila menyusu dari ibu yang kecacingan.

Cacing bulat membesar sehingga 3 ke 5 inci panjang dan makan makanan yang dihadam oleh kucing anda dan mencuri nutrien makanan tersebut. Cacing tersebut kemudian membiak dan bertelur yang kemudiannya dikeluarkan dari najis kucing (kemudiannya dijangkiti oleh kucing lain pula). Telur-telur cacing ini mengambil masa seminggu untuk menjadi infektif jadi pemilik kucing yang agak malas membersihkan kotak pasir kucing akan selalu membuatkan cacing ini bertambah menular.

Kucing boleh dijangkiti dengan cacing pita (tapeworm), cacing cambuk (hookworm) dan cacing rotan (whipworm). Kucing dijangkiti cacing pita dengan memakan kutu yang dijangkiti dengan telur cacing pita atau selepas memakan tikus yang dijangkiti cacing.

Tanda-tanda kucing kecacingan

Kucing yang kecacingan akan mengalami cirit-birit, hilang selera makan atau muntah dengan tahap gejala-gejala yang berbeza bergantung kepada jenis cacing dan berapa teruknya jangkitan tersebut. Cacing pita dan cacing cambuk selalunya menyebabkan gejala ringan manakala cacing bulat dan cacing cangkuk lebih serius sehingga boleh menyebabkan anemia jika kucing anda teruk dijangkiti.

Pemilik kucing mungkin perasan cirit birit yang teruk, ada darah pada najis, muntah-muntah, perut kembung dan kehilangan berat badan ini semuanya berpunca dari kecacingan pada anak kucing. Kucing yang kuat makan tapi kurus pun berkemungkinan dijangkiti oleh cacing.

Tidak mengesyorkan untuk melakukan sebarang petua rawatan di rumah kerana selalunya tidak efektif pun dalam menghapuskan kecacingan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan kucing dijangkiti cacing?

Caranya mudah sahaja dengan pemberian ubat cacing secara berkala selang 6 bulan. Anda juga boleh melindungi kucing anda dengan memberikan ubat kutu samada pemberian secara ubat makan, ubat sapu mahupun kolar anti kutu. Ini membantu menghapuskan kutu yang selalunya punca kecacingan.

Pastikan kucing anda tidak keluar rumah dan memburu tikus kerana dari memakan tikus juga menjadi punca kucing anda kecacingan.

Dalam kes yang jarang sangat untuk berlaku ada juga cacing yang boleh menyebabkan manusia sakit. Larva cacing bulat contohnya boleh berpindah ke kulit dan mata manusia. Jika merawat kucing anda yang kecacingan pastikan anda menjaga keselamatan diri sendiri. Jangan lupa memakai sarung tangan ketika membersihkan kotak pasir kucing, bersihkan kotak najis kucing anda dengan cepat, dan basuh tangan anda selepas selesai.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button