NasionalNegeri

55 Kanak-Kanak Tabika Perpaduan meriahkan Taman Sakura

Pertandingan mencari harta karun memecah kesunyian

TAMAN Sakura yang terletak di Sungai Perlis di Tebing Tinggi, Bintong, Kangar yang biasanya sepi pada waktu pagi menjadi riuh-rendah dengan suara kanak-kanak.

Mana tidaknya , sebanyak 55 orang kanak-kanak yang belajar di 11 Tabika Perpaduan Parlimen Kangar sibuk “bertarung” dalam pencarian harta karun.

Zulkhairi Zainal (berbaju jingga) bersama guru Tabika Perpaduan Parlimen Kangar 1 pada Program Pintar Kreatif “Kids Treasure Hunt” di Taman Sakura Sungai Perlis, di Tebing Tinggi, Kangar, Perlis.

Seronok melihat gelagat kanak-kanak ini yang beriya-iya mencari harta karun sebanyak mungkin.

Untuk makluman, pencarian harta karun ini berkonsepkan setiap tabika diwakili oleh lima kanak-kanak pelajar bagi menyertai pertandingan ini.

Wajah ceria kanak-kanak Tabika Perpaduan dengan hadiah kemenangan.

Masing-masing merancang bersama-sama untuk mencari di manakah lokasi terletaknya harta karun dan digarap dengan semangat kerjasama menjadikan apa yang dicari oleh peserta kanak-kanak ini menjadi mudah.

Kesemua kanak-kanak ini menyertai Program Pintar Kreatif “Kids Treasure Hunt” anjuran Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Parlimen Kangar 1, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis.

Peserta Program Pintar Kreatif “Kids Treasure Hunt” sibuk mencari petunjuk.

Setelah hampir sejam berhempas pulas ke sana ke sini mencari barang dengan tepat berpandukan petunjuk yang diberi, juara akhirnya menjadi milik kanak-kanak dari Tabika Bunga Raya dari Repoh.

Pasukan ini dilihat mampu mencari harta karun dengan pantas dan tepat besar kemungkinan kerana kerjasama dalam satu pasukan yang diterapkan oleh guru ke dalam pasukan ini.

Tempat kedua pula disandang oleh Tadika Seri Pagi, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Taman Datuk Wan Ahmad, Bintong manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada Tadika Alamanda dari Taman Bukit Kayangan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Senator Aziz Ariffin dan turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Zulkhairi Zainal. – SM

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button