53 terkorban dalam protes di Peru, Dina Boluarte masih belum letak jawatan
Protes di Peru yang sudah berlarutan selama enam minggu bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Dina Boluarte telah mengorbankan 53 nyawa setakat ini.
Memetik laporan Agensi Anadolu, Presiden berkata protes itu tiada agenda sosial sebaliknya percubaan untuk melanggar kedaulatan undang-undang, mencetuskan huru-hara serta merampas kuasa.
Penunjuk perasaan cuba merampas lapangan terbang di Cusco dan lapangan terbang di Juliaca turut diserang.
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.
Saksi kejadian mendakwa kebakaran sebenarnya berpunca daripada gas pemedih mata yang dilemparkan anggota polis namun kerajaan menafikan dakwaan itu.
Kerajaan telah mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah yang memberi kuasa kepada tentera untuk campur tangan bagi mengawal keadaan.
Pejabat Pendakwa Peru akan membuka kertas siasatan ke atas Boluarte susulan orang awam maut sejak protes bermula 7 Dis.