Nasional

500 Keluarga Di Wangsa Maju Terima Sumbangan Aidilfitri 23 April Ini – Dr. Tan

Sebanyak 500 keluarga yang kurang kemampuan dan menetap di Wangsa Maju akan menerima sumbangan Aidilfitri bernilai RM200 bagi setiap keluarga.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew berkata, sumbangan tersebut akan diberikan pada 23 April ini dalam satu majlis di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota.

“Kuota asal permohonan yang dibuka adalah sekitar 500 permohonan sahaja mewakili sebuah keluarga namun sehingga hari ini, kita menerima sehingga 1,000 permohonan.

“Kita akan bantu keluarga yang memerlukan mengikut kuota asal dan permohonan semasa menunjukkan masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan,” ujar Yee Kew.

Yee Kew berkata demikian dalam satu majlis Jelajah Berbuka Puasa di Kampung Sungai Mulia, Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 100 warga Sungai Mulia, baru-baru ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button