Agama

5.27 Petang Hingga 12.04 Tengah Malam Waktu Afdal Berdoa Sempena Hari Arafah

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di Arafah dan amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu Maghrib.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, kita semua boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

Tiada Tempoh Had Untuk Berdoa

Waktu yang dikategorikan afdal berdoa bagi seluruh umat Islam adalah berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu.

Bahkan kita semua juga digalakkan untuk berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya dan waktu di Malaysia adalah sekitar pukul 5.27 petang hingga 12.04 malam.

Perjalanan Jemaah Haji

Selepas matahari terbenam, jemaah haji yang berada di Arafah akan bergerak dan bermalam di Muzdalifah dan sejurus ketibaan mereka di kawasan suci itu, jemaah akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak di sana.

Sebelum ini, jemaah bermalam di Mina semasa hari kelapan Zulhijjah dan bergerak ke Bukit Arafah awal pagi tadi seterusnya solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Namirah serta mendengar khutbah Hari Arafah.

Amalan wukuf di Arafah mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad yang menyampaikan khutbah terakhir pada sembilan Zulhijjah iaitu 10 tahun selepas penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button