Rencah Hidup

Ini berkat pakcik sayang kucing – Ebit Lew

KERANA kasih sayangnya terhadap kucing seorang warga emas berusi 75 tahun yang menjadikan kereta sebagai rumah sanggup menjaga dan memelihara beberapa ekor haiwan berkenaan.berdekatan Pasar Seni di ibu negara.

Dia yang uzur dan tinggal bersama-sama kucing di bawah jejantas telah diselamatkan oleh pendakwah beban dan aktivis masyarakat Ebit Lew

Lelaki yang hidup sebatang kara tersebut hanya menangis dan menitiskan air mata kerana berasa hiba dan tersentuh kerana Ebit Lew hadir memberi bantuan kepadanya menjelangnya sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.

“Pak cik esok dah raya haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je.

“Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.

“Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil. Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pakcik,” katanya.

Bagaimanapun Ebit Lew menenangkan warga emas berkenaan dengan menyatakan pertolongan yang diterimanya kerana keberkatan menjaga kucing.

“Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing,pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.

“Semoga Pakcik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit.

Dalam gambar yang dikongsi di media sosialnya, Ebit juga kelihatan membelikan makanan untuk kucing-kucing tersebut.-SM

 

 

 

 

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button