Luar Negara

49 pendatang haram maut dalam nahas treler

SEKURANG-KURANGNYA 49 orang pendatang haram terbunuh apabila sebuah treler terbalik di selatan Mexico semalam, kata pihak berkuasa.

Treler yang membawa mereka yang kebanyakannya dari Amerika Tengah terbalik di lebuh raya berhampiran Tuxtla Gutierrez ibu kota negeri selatan Chiapas.

Xinhua memetik Ketua Agensi Perlindungan Awam Chiapas, Luis Manuel Garcia berkata, 58 lagi pendatang cedera dan tiga dilaporkan mengalami cedera parah.

Garcia berkata, kegagalan mekanikal menyebabkan treler yang membawa kontena kargo itu melanggar tembok penghadang di selekoh sebelum merempuh jambatan pejalan kaki menyebabkannya terpisah dan terbalik. – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button