Nasional

4.5 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya hingga hujung minggu ini

POLIS menjangkakan sebanyak 4.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara selama empat hari bermula hari ini susulan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas sambutan Aidilfitri.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, bagaimanapun trend pergerakan pulang itu dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai esok.

“Sebanyak 1.2 juta daripada jumlah kenderaan tersebut dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 6 April lepas, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dilapor berkata sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri dan pihaknya mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.

Sementara itu, Bakri berkata susulan jangkaan itu, JSPT telah membuat persiapan menerusi Op Lancar atau penyuraian aliran trafik bagi tujuan melancarkan pergerakan kenderaan. – SM

Baca artikel ini juga:

Trafik lancar di lebuh raya utama pada Hari Raya ketiga

Warganet puji PDRM guna dron pantau pesalah trafik

 

 

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button