Nasional

Warganet puji PDRM guna dron pantau pesalah trafik

ISU pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dan membahayakan pengguna lain bukanlah satu isu yang baru di Malaysia.

Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai rakaman video yang dimuatnaik di media sosial mengenai pengguna jalanraya yang sering melakukan kesalahan, bahkan ada yang sengaja membuli pengguna lain dan tidak kurang juga mereka yang menggunakan lorong kecemasan atau lorong motosikal hanya untuk kepentingan mereka sendiri.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini menggunakan dron bagi merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan melanggar lampu isyarat dalam Operasi Selamat ke-18 (Op Selamat 18).

Antara pujian yang diberikan warganet kepada PDRM

Dalam satu rakaman yang dimuatnaik oleh PDRM Drone Unit pihak polis telah membuat pemantauan di sebuah lebuh raya sempena Op Selamat 18 dan menahan beberapa buah kenderaan yang telah dikesan melakukan kesalahan ketika memandu.

Video berdurasi 3 minit 20 saat itu dimuatnaik pada hari Ahad yang lalu, dan merakam gelagat beberapa orang pengguna jalan raya yang ingkar dan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong.

Penggunaan dron untuk pemantauan dan juga tindakan pantas polis untuk menahan kenderaan pelaku kesalahan trafik tersebut mendapat pujian netizen yang menyokong penuh tindakan pihak polis.

Rakaman kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan

Unit Dron PDRM ini juga sebelum ini telah membantu dalam pencarian Adik Jayden yang hilang di Sepanggar, Sabah pada pertengahan Mei yang lalu.

Dron yang digunakan pada operasi itu diterbangkan dan turut memainkan lagu ‘Baby Shark’, beserta rakaman suara ibu jayden dalam usaha untuk mencari kanak kanak tersebut.

Adik Jayden akhirnya dijumpai oleh penduduk kampung pada operasi yang melibatkan Pihak Polis Diraja Malaysia beserta dengan penduduk kampung tersebut.

Dengan adanya unit dron PDRM, diharapkan agar orang awam lebih peka dengan keadaan sekeliling sebelum terdetik untuk melakukan jenayah, atau pun melanggar undang undang. – SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button