fbpx
Rencah Hidup

Lagi kes bunuh kucing guna mesin dobi

PERBUATAN kejam terhadap haiwan semakin berleluasa dan terbaharu serta merupakan insiden kedua dikesan di negara iaitu membunuh kucing menggunakan mesih basuh.

Persatuan Haiwan Malaysia menerima satu laporan berhubung insiden tiga kucing dibunuh dengan dimasukkan ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong dekat KUALA LUMPUR, semalam.

Presidennya, Arie Dwi Andika, berkata seorang saksi wanita dan pemilik kedai dobi yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Ia kes kedua membabitkan insiden kucing dibunuh dengan cara sebegitu di dobi. Kejadian pertama berlaku di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves pada 2018.”

Pembuktian ini amat penting untuk kes yang kukuh dan proses pendakwaan. Hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015,”  katanya dipetik sebuah portal Bawangranjers.com – SM

Show More

Related Articles

Back to top button