BeritaNasional

32 anggota ATM, PGA dikerah cari mangsa tanah runtuh

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah membuat sweeping (pencarian) di laluan sungai bagi mencari baki mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Father’s Organic Farm.

Difahamkan pasukan ini terdiri daripada seorang pegawai bersama 20 anggota ATM lain-lain pangkat dan dibantu 12 anggota PGA.

Operasi mencari mangsa yang masih tidak dijumpai itu telah bermula pada pukul 10.40 pagi tadi di Sungai Kedondong menghala ke Sektor C – Riverside Father’s.

Mengikut perkiraan peta laluan darat, Sungai Kedondong ke Sungai Batang Kali adalah sejauh 4 kilometer tetapi jaraknya lebih jauh mengikut liku-liku sungai.

Sebelum memulakan operasi, Leftenan Kolonel Md Rafizin Kamarudin memberi taklimat kepada petugas SAR dan memerintah tugasan kepada seramai 25 Rejemen Askar Melayu Diraja (RAMS) Kem Bentong .

Sementara itu, pagi tadi pasukan SAR di tapak perkhemahan menemui empat lagi mangsa tragedi tanah runtuh.

Mangsa adalah dua daripadanya lelaki dewasa dan wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Penemuan ini merekodkan angka korban tragedi berkenaan kini mencecah 30 orang namun tiga mangsa masih dalam pencarian. -SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button