Jenayah

30 pendatang Indonesia cuba lolos sempadan negara

SERAMAI 30 orang pendatang asing tanpa izin dari Indonesia cuba melolosi sempadan negara menggunakan bot menyelurusi Selat Melaka.

Kehadiran bot yang membawa pendatang asing tanpa izin berkenaan dikesan melalui Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang berfungsi sebagai sistem rangkaian radar 24 jam.

SWASLA telah mengesan pergerakan bot mencurigakan menghampiri pesisir Pantai Kampung Punggai, Pengerang, Johor pada pukul 3.00 pagi.

“Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) ingin mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) pada 18 Jun 2021 jam 3.45 pagi,” katanya.

Berdasarkan maklumat tersebut pihak pertahanan mengaturgerak Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi terbabit.

Hasil serbuan yang dilakukan sekitar jam 3.45 pagi telah berjaya menahan 30 pendatang asing Indonesia yang cuba untuk memasuki negara ini melalui jalan yang tidak sah. Kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia sekitar 21 hingga 46 tahun.

Bagaimanapun bot yang digunakan untuk membawa pendatang tanpa izin berkenaan telah berpatah balik dan tidak berjaya dirampas.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 12,203.32 melibatkan wang tunai ringgit Malaysia, matawang Indonesia serta 20 buah telefon bimbit pelbagai jenama.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sg Rengit.

Pendatang terbabit kemudian akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.-SM

 

 

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button